Tuesday, 4 September 2012

Yakinlah....Ada Hadiahnya Kelak!


Bismillahirrahmanirrahim….

Jam dahpun nak memasuki ke angka 2 pagi saat jari ingin mengetuk keyboard..susah pulak nak lelap mata ni bila hati dan fikiran kurang tenang..baru sahaja hampir demam disebabkan masa kerja yang tak menentu, ditambah perkara-perkara peribadi….huhuu..terasa tersangat penat melalui komitmen apabila semakin menginjak dewasa kan??.....

Lately, banyak perkara berlaku..asakan kerja yang semakin bertimbun..kalau tak kerja mana pulak nak cari sumber setelkan hutang belajar kan..nipun belum masuk  alam perkahwinan dan berkeluarga..tapi terasa kurang sikit beban bila pernah terbaca petikan yang agak lebih kurang bunyinya.. ‘bila seseorang itu mendirikan rumahtangga janganlah dirisaukan akan makin sempit dan terbebannya hidup, tetapi yakinlah bahawa bilamana perkahwinan itu didirikan nescaya Allah akan mengurniakan sumber rezeki yang tidak disangka-sangka’…lebih kurang macam tulah yang boleh saya ingat..kalau tersilap, mohon betulkan ye..hehee…


Firman Allah s.w.t. yang bermaksud :

“ Barangsiapa yang bertaqwa kepada Allah, maka Allah akan menunjukkan kepadanya jalan keluar dari kesusahan, dan diberikanNya rezeki dari jalan yang tidak disangka-sangka, dan barangsiapa yang bertawakal kepada Allah, nescaya Allah mencukupkan keperluannya. ”
( Surah At-Talaq ayat 2-3 )


Kat mana pulak dah melalut ni…ish ishh ishhh… J

Melalui banyak perkara yang terjadi akhir-akhir ni, kadangkala membuatkan fikiran terasa sedikit penat dan daya fikir sedikit tinggi dari biasa….huuuuu….dari soal kerja hinggalah ke soal hidup dan peribadi, buatkan saya lantas merasakan bahawa mana mungkin Allah biarkan hamba-hambaNYA melalui jalan yang tiada mehnah dan kesakitan, kecualilah jika hati benar-benar mati..nauzubillah

Mempertahankan sesuatu yang baik bagi kita apatah lagi perkara yang bertahun lamanya dipertahankan daripada ujian dunia adalah suatu perjuangan..seperti baginda Rasulullah s.a.w. mempertahankan umatnya..seperti Saidatina Fatimah mempertahankan perkahwinannya bersama Saidina Ali….dan itulah yang memberi semangat dan kesabaran buat diri untuk terus meneruskan impian ini….tapi jangan lupa sentiasa selitkan bersama keyakinan dan iman pada ya Rabbul’izzati….

Pernah seseorang bertanya pada saya, bagaimana mampu saya lalui dengan setia dan sabar akan hal yang penuh dengan ujian sejak dari dulu hingga kini, tak pernah penatkah bila sering diuji, atau tak pernahkah terfikir untuk memilih hal yang lain?….lantas jawapan yang saya berikan hanyalah sebuah senyuman..dan saya berkata padanya, bilamana saya mula letakkan hati dan jiwa pada suatu hal (jangan lupa sentiasa letakkan Allah yang utama), dan bilamana Allah bukakan pintu dalam diri saya, maka saat itu Allah adalah keyakinan dan apa jua baik buruk adalah pilihan dari kita dan perlu diterima dengan baik….seperti pekerjaan kita..dan seperti juga dalam percintaan mahupun perkahwinan kan..mana mungkin boleh bertahan andai hati rapuh atau tiada rasa hormat, tanggungjawab, sabar atau rasa mempertahankan ikatan tersebut dari kedua-dua pihak….ujian dan dugaan itu sentiasa ada dan hadir..kerana ianya cara Allah untuk menguji dan mengetahui sama ada rapuh atau kuatkah hati kita untuk melaluinya….saya bersyukur kerana dikurniakan emak dan abah yang senantiasa mendoakan kebaikan saya dan senantiasa memahami..dan tiga orang insan yang sentiasa berdoa dan berpesan agar sentiasa berhati-hati dan dilindungi Allah..terima kasih ya Rabb

Dan perlu kita tahu dan sedar, bilamana kita berdoa mohon kekuatan dariNYA, mungkin kita akan sering tertanya pada diri, kenapa selalu saja datang ujian dan bukannya kemudahan?....saya juga sering bertanya soalan yang sama pada diri, dan kemudian..baru tersedar bahawa Allah sebenarnya meniup kekuatan dan kesabaran pada diri kita melalui siri ujianNYA….Cuma kita yang sering terleka bila hadirnya ujian dan biarkan diri lalai dengan pesona dunia….mohon dilindungi diri dan iman ini..ameen

Bila Allah ingin mengetuk pintu hati insan yang disayangiNYA, ketahuilah bahawa Dia tidak akan mengetuk dengan lambakan kata-kata indah yang membuai, sebaliknya Dia akan memberi sedikit dari banyak kesakitan yang ada….kerana Dia tahu dari kesakitan itulah yang akan membuatkan insan kesayangannya tersedar..dan dari kesakitan itulah jua telah Dia sediakan hadiah yang amat bernilai harganya kelak….Sering saya katakan pada insan istimewa bahawa setiap hari adalah hari pembaikan diri, kerana setiap hari Allah berikan kita nafas baru dan peluang untuk menjadi lebih baik selagimana pintu taubat belum tertutup..insyaAllah




# Dalam tiap kehendak manusia, Allah takkan lupa sediakan ujian


p/s:  amat ingin mencapai ‘title’ terunggul dan agung itu selain ingin menjadi sayap kiri perjuangan kekasih hati (suami) kelak..ameen ya Rabb





No comments:

Post a Comment