Friday, 15 November 2013

Kampung Baru dan Puasa Asyura

Bismillahirrohmanirrohim..

Clock ticking....jarum jam tunjuk 4 pagi. Tapi mata ni masih belum mahu lelap. Aku sedar sejak dua menjak ni aku jarang sangat tidur awal. Bukan paksa diri nak sengkang mata. Cukupla time belajar dulu asyik 'tidur tak tidur'. Lelah rasa bila susah tidur ni. Insomnia. Tak suka ! :(

Bila susah nak tidur ni, aku pun rajin menaip. Buang masa kat sini. Saja nak potpetpotpet :P
Sedang duk pikir-pikir ni, tetiba terasa dah lama tak makan kat Kampung Baru, KL....hemhemhemmmm. Antara tempat memori aku..sedapnyaaa kalau dapat makan nasik plus ulam-ulam. Aku memang suka sangat ulam-ulam ni. Lauk pulak banyak pilihan.. Haishhh!! Pepagi buta ni duk buat lapaq plak..heeee


Semalam baru lepas Hari Asyura, 10 Muharam 1435h. Alhamdulillah, aku ambik peluang berpuasa sunat plus awal-awal lagi mak call aku ajak puasa sama-sama....sayangggg mak ! :)

Anyway, just sedikit pengetahuan yang aku tau pasal Asyura ni. Tupun sebab rajin duk belek-belek artikel kat internet. Tetiba terjumpa pasal Hari Asyura ni. Tak ingat tajuk apa artikel tu, tapi yang aku ingat, ia menerangkan tentang hari di mana Nabi Musa a.s dan pengikutnya diselamatkan oleh Allah s.w.t. Rasanya ramai tahu. Nabi Allah, Musa dikejar oleh bala tentera Firaun waktu tu. Allah perintahkan Nabi Musa mengetuk tongkatnya untuk membuat laluan kat laut untuk selamatkan diri dan pengikutnya dari dibunuh Firaun. Lepas dari peristiwa tu la, Nabi Allah, Musa memutuskan untuk berpuasa pada 10 Muharam sebagai tanda syukur dan terima kasihnya pada pertolongan Allah s.w.t. Dan sebaiknya puasa 2 hari iaitu pada 9 Muharam dan 10 Muharam atau 10 Muharam dan 11 Muharam bagi membezakan puasa umat islam dengan kaum Yahudi sebab kaum Yahudi hanya berpuasa pada 10 Muharam sahajaaaaaa....



Lagi pulak, hikmah puasa ni dapat menghapuskan dosa setahun yang lalu (Riwayat Muslim). Baik kan Allah :) Selalu bagi peluang hamba-hambaNYA bertaubat, mengurangkan berat dosa dan tambah pahala......i heart Allah !

Tu la serba sedikit info yang aku tau pasal hari Asyura ni. Tupun terbaca dari artikel tu. Wallahualam sejauh mana benar atau tak info ni. Tapi ada baiknya, untuk lebih sahih dan tepat, kena tanya pada yang pakar dan lebih mengetahui ;) Lagi banyak kita kaji lagi banyak kita tahu ;)


p/s : selalu doa moga Allah bantu mudahkan kita perbaiki diri..

Tuesday, 12 November 2013

Yang Kisah dan Tak Kisah



Aku tak kisah..
Jika aku perlu redah susah cari rezeki bersama
Aku tak kisah..
Jika aku perlu lalui sukar payah bersama
Aku tak kisah..
Jika aku harus tahan letih keringat bersama

Kerana aku tahu
Mencari sesuap nasi bukan mudah
Kerana aku sedar
Hidup di dunia ini bukan selamanya gundah

Tapi..

Yang aku kisah..
Jika turun naik iman bukan lagi menjadi kepentingan
Yang aku kisah..
Jika janji di bibir tapi lain di tindakan
Yang aku kisah..
Jika tanggungjawab menjadi sekadar mainan
Yang aku kisah..
Bila di mata dikabur dunia dikejarmu hanya pesona
Yang aku kisah..
Bila penantian dan pengorbanan seolah tiada guna

Sedangkan nilaian insan itu pada kata-kata dan tindakannya

Apa yang kau genggam
Apa yang kau cari
Apa yang kau ingin....sebenarnya??


-nukilan perantau

Sunday, 10 November 2013

Allah punya rencana..


Jarum jam menunjukkan pukul 5 pagi. Mata belum mahu lelap. Terdengar alunan ayat Quran dari masjid dekat-dekat sini. Damai. Tenang rasa. Cuma diri masih terasa mahu menaip sesuatu di ruang blog ini. Catitan barangkali. Sekadar hilang rasa rindu..

Tak banyak untuk aku taip pagi ini. Cuma hari ini, fikiranku banyak memikirkan persoalan dan jawapan untuk tiap kejadian mahupun keadaan. Sekeliling. Sejauh mata memandang. Semampu hati merasa.


Perjalanan hidup? Masa depan? Hari esok? Ada perancangan, tapi belum tentu Allah izinkan. Tapi aku teruskan dengan doa. Jangan sombong dengan Allah, Jangan tinggal doa. Itu pesan emak yang aku cintai.

Melihat sahabat baik bakal mendirikan rumahtangga, hati sedikit terusik. Bahagia, namun sedikit sedih. Sedih gembira barangkali. Aku harap begitu. Moga bahagia rumahtangga sampai syurga..inshaAllah

Allah pegang hati. Allah punya rencana. Selama ini aku yakin Allah selalu ada. Selalu. Dia tahu segala. Dia tahu apa aku lalui. Mohon yang baik-baik. inshaAllah..



Tuesday, 5 November 2013

Tahun Baru..Salam Maal Hijrah

Bismillahirrahmanirrahim


Datang lagi Tahun Baru..
Tahun Baru dalam Kalendar Islam 1435h



Aku tahu ramai yang mengetahui
Aku sedar ramai yang menginginkan pembaharuan diri
Tapi yang aku boleh katakan..
Tak banyak yang berubah..tiada kesedaran

Sungguh hari ini buatku banyak berfikir
Banyak rasa yang menjentik hati
Aku mulai sedar sesuatu..
Bahkan mungkin rasa itu yang diberi Tuhanku
Atas doa-doaku dan dosa-dosaku

Allah Tuhanku..
Sepertimana Kau baharukan tiap hari dan tahun
Maka baharukan juga diriku dan hidupku
Aku tak ingin sesat dunia
Bahkan aku tak sanggup hadap rakus tamak manusia
Lalai pesona alam fana dan insan seisinya
Kerana aku tahu dunia ini sementara

Allah Tuhanku..
Aku tahu Kau sentuh hatiku hari ini
Aku tahu Kau buat sedar lalai jiwaku hari ini
Aku tahu Kau mahu tangisku luruh hari ini
Semua kerana apa??
Kerana Kau inginku berfikir sedalamnya
Kerana Kau mahuku menyusun rasa di jiwa
Kerana Kau inginkan aku lihat sejauhnya
Sebelum waktuku terlambat hargai segala

Allah Tuhanku..
Sebelum nyawaku berpisah dari jasadku
Sebelum sesalku terlewat waktu
Pegangi hatiku, Sentuhi jiwaku, Dakap aku selalu, Kuatkan imanku
Lindungiku dan keluargaku dari azab bahang nerakaMu
Kerana aku tahu..rasa yang Kau salurkan ini adalah atas kasih sayangMu..

Bantu aku hadapi ujianMu
Fahamkan aku lalui dugaanMu
Kerana aku tahu..
Mata yang celik tak bererti ia melihat
Mata yang pejam tak bererti ia tidur
Manusia memuji kerana menduga
Kerana dari pujian itu lahirnya ujian



Terima Kasih Allah..Tuhanku

p/s: Hijrahkan diri mencari redhaMu