Bismillahirrahmanirrahim
Datang lagi Tahun Baru..
Tahun Baru dalam Kalendar Islam 1435h
Aku tahu ramai yang mengetahui
Aku sedar ramai yang menginginkan pembaharuan diri
Tapi yang aku boleh katakan..
Tak banyak yang berubah..tiada kesedaran
Sungguh hari ini buatku banyak berfikir
Banyak rasa yang menjentik hati
Aku mulai sedar sesuatu..
Bahkan mungkin rasa itu yang diberi Tuhanku
Atas doa-doaku dan dosa-dosaku
Allah Tuhanku..
Sepertimana Kau baharukan tiap hari dan tahun
Maka baharukan juga diriku dan hidupku
Aku tak ingin sesat dunia
Bahkan aku tak sanggup hadap rakus tamak manusia
Lalai pesona alam fana dan insan seisinya
Kerana aku tahu dunia ini sementara
Allah Tuhanku..
Aku tahu Kau sentuh hatiku hari ini
Aku tahu Kau buat sedar lalai jiwaku hari ini
Aku tahu Kau mahu tangisku luruh hari ini
Semua kerana apa??
Kerana Kau inginku berfikir sedalamnya
Kerana Kau mahuku menyusun rasa di jiwa
Kerana Kau inginkan aku lihat sejauhnya
Sebelum waktuku terlambat hargai segala
Allah Tuhanku..
Sebelum nyawaku berpisah dari jasadku
Sebelum sesalku terlewat waktu
Pegangi hatiku, Sentuhi jiwaku, Dakap aku selalu, Kuatkan imanku
Lindungiku dan keluargaku dari azab bahang nerakaMu
Kerana aku tahu..rasa yang Kau salurkan ini adalah atas kasih sayangMu..
Bantu aku hadapi ujianMu
Fahamkan aku lalui dugaanMu
Kerana aku tahu..
Mata yang celik tak bererti ia melihat
Mata yang pejam tak bererti ia tidur
Manusia memuji kerana menduga
Kerana dari pujian itu lahirnya ujian
Terima Kasih Allah..Tuhanku
p/s: Hijrahkan diri mencari redhaMu
No comments:
Post a Comment