Tuesday, 31 July 2012

Pandanglah......dengan syukur

Bismillahirrahmanirrahim...

Salam 'Alaik sahabat :)  


Meniti hari ke sepuluh Ramadhan..banyak peristiwa, mungkin juga dapat dikatakan momen penting yang berlaku dalam hidup ini....sedar tak sedar setiap hari yang berlalu itu jualah yang banyak mengajar erti hidup, terutamanya apabila jauh dari kedua mak abah tercinta.....

Alhamdulillah....sampai ke hari ini doa yang tidak pernah pudar dalam tadahanku apabila bertemu sujud dengan Illahi Rabbi...syukur dipanjangkan usia, walau pelbagai perit mehnah hidup yang telah dijalani....:) dan seharusnya kita sentiasa perlu tahu...Tuhan tidak pernah tinggalkan hambaNYA, apatah lagi tika kita berada dalam kesedihan mahupun duka....kerana Dia senantiasa Memerhati...hatta sehelai daun yang gugur menyembah bumi....


"Allah selalu ada"....inilah ungkapan yang selalu aku ingati tika kesusahan menjenguk diri..ungkapan dari seorang insan yang senantiasa aku hargai hingga saat ini....inshaAllah....dan bersama ungkapan ini juga inginku berkongsi pada sahabat terutama yang melalui sukar suka duka kehidupan...tiap kali berasa lemah, pandanglah langit yang membiru dan tika malam menghampar istimewanya, pandanglah bulan jua bintangnya....ucapkan syukur kerana Allah pilih untuk kita sedar melalui kepayahan dan mehnah yang dipijak.....andai kegembiraan dirasa, jangan mengajar diri alpa...kerana hati yang menangis tatkala menghadapi ujian itu adalah hati yang lunak untuk berada dekat denganNYA..... :)



Ehemmm ehemm...hari ini, banyak buatku berfikir dari biasa...menggalas beg yang diameternya besar menjadikan aku seperti kura-kura pergi kerja dan pulang kerja....istimewanya, pergi menaiki tren dan pulang juga menaiki tren...hehehee....sungguh! terasa seperti semakin rapuh tulang belakang...hmmmm...tapi sempat aku memujuk sang hati, mencari rezeki jangan dikesali mahupun mengeluh andai inginkan hasil yang berkat....Alhamdulillah hati mendengar....:) terdetik hati ini saat emak dan abah tercinta berhempas pulas menyediakan yang terbaik buatku dahulu..tanpa sedikitpun rungutan, malahan wajah emak yang sentiasa cantik bagiku tak pernah lekang menguntum senyum menghantarku menuntut ilmu.....kata emak dan abah, ilmu itulah yang terbaik yang mampu diberikan mereka buat mengubah hidup menjadi lebih baik...sungguh dalam perjalanan pulangku setiap saat aku memikirkan buah hatiku ini.....biar diri dimamah usia, tetap kulihat emak dan abah bersama meraikan susah senang, lebih dan kurang diri mereka...Tuhan, golongkan buah hatiku ini dalam golongan orang-orang yang soleh... 

Andai kita masih diberi kesempatan dan peluang oleh ya Rabb memiliki emak dan ayah...sentiasalah hargai keduanya....kerana redha Allah itu terletak pada redha ibubapa.......emak dan ayah tak akan meluahkan kesusahan, kerana mereka senantiasa mendoakan dan mengharap kebaikan buat anak-anak... perhati dan fahamilah.... :)





Friday, 27 July 2012

Terima Kasih....Ramadhan Kareem


Salam 'Alaik..


Terasa sudah lama tidak membawa jari jemari menekan keyboard ni...Alhamdulillah, dipinjamkan masa pada malam ini oleh Ya Rabb untuk bersama berkongsi sedikit rasa..hehee...

Memulakan Ramadhan kali ini juga membawaku kepada pengembaraan baru..inshaAllah, moga pengembaraan baru ini dapat kugunakan sebaiknya sebagai tanda terima kasih atas kurniaan rezeki dari Allah..amin ya Rabb....walaupun setiap hari dirasakan penat dan letih mengharungi komitmen kehidupan, tapi Alhamdulillah masih ada pinjaman ruang ini dari Allah untukku.....agak jauh jika dibandingkan dengan tempat yang dulu, tapi sekurangnya ia sedikit sebanyak dapat mendisiplinkan diri..mengenal dan memerhati.......bak kata orang, jauh perjalanan luas pemandangan maka banyaklah pengalaman...hehuhehuhehuuuu....

Emmmmm...opss lupa pulak aih...patutnya nak cakap pasal Ramadhan bulan mulia ni..eh bukan cakap, kongsi..hehehehee..terrr 'ke laut' pulak dah....

Memulakan Ramadhan kali ini dengan first day..sorang-sorang..jauh dari keluarga... :'( ...sedih rasanya, ditambah dengan demam yang teruk..hanya suara insan tersayang mak abah buat pengubat kerinduan..ambik aura puasa..ini pun dah banyak mengajar tentang ujian hidup..Alhamdulillah... :)

Sebentar tadi melayari internet buat mencari pengisian ilmu dalam diri, membawaku terbaca sebahagian hadis tentang bulan kemuliaan ini...ingin saya berkongsi dengan sahabat-sahabat..semoga dapat manfaat bersama :)


RAMADHAN .....


Hmmmm..selalu kan kita baca or dengar ayat ni..betapa besarnya keagungan Allah pada hamba-hambaNYA..sehinggakan setiap hari dalam hidup kita Dia banyak berikan peluang, inikan pula dihadirkan lagi dengan bulan Ramadhan ni..subhanallah Maha Suci Allah..kerdilnya diri...Permulaannya RAHMAT pertengahannya KEAMPUNAN(maghfirah) dan penghujungnya PEMBEBASAN DARI API NERAKA...

Alhamdulillah, walaupun permulaan Ramadhan saya kali ini bermula dengan ujian demam yang teruk, tapi Allah banyak berikan peluang untuk kekuatan diri....hikmahnya Ramadhan....dan seterusnyaaaaaa :)


Nampak tak tulisan???? hiiiiiihihiii...teropong-teropongla sikit ye kalau kurang jelas tu.....

Hmmm kalau time puasa ni kadang kita kurang selesa nak bercakap banyak dengan officemate ke kawan-kawan ke kan..sebab risaunya mulut berbau..tapi takpe, jangan khuatir :)...cakap benda yang perlu..sebab itu bulan ini dinamakan bulan yang banyak ujian..salah satunya menguji kita ni nak mengumpat ke tak?nak borak kosong ke tak time kerja?kannnn.....besarnya rahmat Allah berikan..ditambah dengan makhluk Allah yang lain pun mendoakan kita sehingga berbuka puasa...subhanallah baiknya mereka! :)



Wahwahwahh...istimewanya Ramadhan Kareem ni....sehinggakan syurga Allah persiapkan buat umat Islam yang ikhlas berpuasa..istimewanya Allah ya Rabb kannn! :) ....dan tentunya ramai antara kita berebut-rebut keunggulan Ramadhan ni..Alhamdulillah..moga kita sama-sama peroleh keberuntungan pahala dunia dan akhirat nanti.....inshaAllah....

Salam Ramadhan sahabat-sahabat! :)

Monday, 9 July 2012

Rintik Hujan..


Salam Alaik..


Melayani rintik hujan yang bertaburan, membawa jemariku menekan barisan huruf buat mengisi kekosongan masa..

Tentu ramai kan di kalangan sahabat yang menyukai rintik hujan ni?....Sama juga saya.Menghidu bau hujan menjadi kesukaan saya..Yelah kan, turunnya hujan itukan sama juga ertinya turunnya rahmat dari Sang Pencipta..Sebab itu tiap kali bumi dimurahkan dengan rintikan hujan, saya akan menadah tangan mendoakan impian dimakbulkan..Moga sampai hendaknya ke langit ke-tujuh..inshaAllah..


Di waktu ini, jiwa ini membawa saya untuk teramat merindui akan sepasang wajah tua permata hati saya, emak dan abah..Tebalnya kerinduan ini hanya ya Rabb sahaja yang Maha Mengetahui..Seusai panggilan dijawab, mendengar sahaja bait bicara emak yang jauh dari sisi, membuat sebak menerjah ruang hati..Sungguh! Terasa amat ingin dipeluk dirangkul tubuh tua emak yang amat kurindui..Menitis airmata tapi ditahan esakan kerana tidak mahu kerisauan mengetuk pintu hatinya..Beban masalah yang berat dipikul, masih tak mampu kuceritakan padanya..Cukuplah kesihatannya yang tidak menentu, tidak ingin kutambah bebananku padanya...Sungguh dia insan istimewa Kau pinjamkan kepadaku ya Rabb.....Moga dalam titian usia tuanya aku mampu bahagiakannya....

Tidak ingin biarkan diri tenggelam dalam pemikiran yang berat menggunung, kupandang dua buah kitab yang amat kucintai, Quran dan Tafsir..Terbersit ketenangan kala pandangan menyentuh kitab suci....Sungguh ajaib kuasaMu ya Rabb, hanya dengan memandang sudah mampu memberi tenang hati..Terasa tingginya khilaf diri dalam membawa langkah menujuMu..Seringkali tersasar, kadangkala biar iman terbiar tanpa dikasihani dan kadangkala biar kelalaian menjalar melayan rasa..Sungguh kerdil diri, kerana disibukkan dengan masalah, kubiar hati dibisik iblis..Saat terpandangkan kitabMu, teringat akan pesanan abah padaku, “ andai ingin menangis biarlah airmata yang mengalir itu kerana syukur dan mengamati kehebatan Sang Pencipta agar ianya mengalir tidak sia-sia ”...Terima kasih abah, tak pernah jemu dengan petikan nasihat buatku....Allah ya Rabb, kurniakan kesihatan yang sejahtera buat kedua insan yang amat kucintai ini....Amin

Kaktus di Perjalanan..

Bismillahirahmanirrahim,

Untaian rasa menarik diri untuk melakar coret barisan perkataan..
Biar hanya diri yang berbicara, biar hanya diri mengumam suara..

Meladeni kehidupan di kota penuh dugaan..
Diberi rasa kepayahan yang berterusan..
Sungguh! Semakin terasa perit dengan ujian..
Iman kian teruji, malahan mencambah kerendahan kekuatan diri..

Melayari hari..
Tuhan lemparkan dugaan tiada bertepi..
Walau puas cuba gagahi diri..
Namun....
Empangan yang selalu kuat bertahan..
Senantiasa pecah dikala sendirian..
Menghujani tiada henti...

Tuhan....
Selitkanlah kekuatan yang selama ini dipertahan..
Tuhan....
Bukakanlah jalan yang dirasa makin sempitkan perjalanan..
Tuhan....
Jagakanlah iman, biar beribu kelukaan mencalar lintang..

Kurindu mengalunkan bait ayat cintaMu..
Kurindu bertemu sujud denganMu..
Kurindu bisikan kasih sayangMu yang tiada jemu..
Kurindu hadirnya kekuatan menerus hayatku di bumiMu..
Kerana hanya itu ketenanganku..

Sungguh! Hati dan jiwa kian melara..
Menanti mendoa buat sang cinta..
Kekuatan dan kesabaran kutitip bersama..
Tumbuhkan kaktus di perjalananku..
Moga dapat kuhirup dahaga buat bekalan kekuatanku....