Salam 'Alaik sahabat :)
Meniti hari ke sepuluh Ramadhan..banyak peristiwa, mungkin juga dapat dikatakan momen penting yang berlaku dalam hidup ini....sedar tak sedar setiap hari yang berlalu itu jualah yang banyak mengajar erti hidup, terutamanya apabila jauh dari kedua mak abah tercinta.....
Alhamdulillah....sampai ke hari ini doa yang tidak pernah pudar dalam tadahanku apabila bertemu sujud dengan Illahi Rabbi...syukur dipanjangkan usia, walau pelbagai perit mehnah hidup yang telah dijalani....:) dan seharusnya kita sentiasa perlu tahu...Tuhan tidak pernah tinggalkan hambaNYA, apatah lagi tika kita berada dalam kesedihan mahupun duka....kerana Dia senantiasa Memerhati...hatta sehelai daun yang gugur menyembah bumi....
"Allah selalu ada"....inilah ungkapan yang selalu aku ingati tika kesusahan menjenguk diri..ungkapan dari seorang insan yang senantiasa aku hargai hingga saat ini....inshaAllah....dan bersama ungkapan ini juga inginku berkongsi pada sahabat terutama yang melalui sukar suka duka kehidupan...tiap kali berasa lemah, pandanglah langit yang membiru dan tika malam menghampar istimewanya, pandanglah bulan jua bintangnya....ucapkan syukur kerana Allah pilih untuk kita sedar melalui kepayahan dan mehnah yang dipijak.....andai kegembiraan dirasa, jangan mengajar diri alpa...kerana hati yang menangis tatkala menghadapi ujian itu adalah hati yang lunak untuk berada dekat denganNYA..... :)
Ehemmm ehemm...hari ini, banyak buatku berfikir dari biasa...menggalas beg yang diameternya besar menjadikan aku seperti kura-kura pergi kerja dan pulang kerja....istimewanya, pergi menaiki tren dan pulang juga menaiki tren...hehehee....sungguh! terasa seperti semakin rapuh tulang belakang...hmmmm...tapi sempat aku memujuk sang hati, mencari rezeki jangan dikesali mahupun mengeluh andai inginkan hasil yang berkat....Alhamdulillah hati mendengar....:) terdetik hati ini saat emak dan abah tercinta berhempas pulas menyediakan yang terbaik buatku dahulu..tanpa sedikitpun rungutan, malahan wajah emak yang sentiasa cantik bagiku tak pernah lekang menguntum senyum menghantarku menuntut ilmu.....kata emak dan abah, ilmu itulah yang terbaik yang mampu diberikan mereka buat mengubah hidup menjadi lebih baik...sungguh dalam perjalanan pulangku setiap saat aku memikirkan buah hatiku ini.....biar diri dimamah usia, tetap kulihat emak dan abah bersama meraikan susah senang, lebih dan kurang diri mereka...Tuhan, golongkan buah hatiku ini dalam golongan orang-orang yang soleh...
Andai kita masih diberi kesempatan dan peluang oleh ya Rabb memiliki emak dan ayah...sentiasalah hargai keduanya....kerana redha Allah itu terletak pada redha ibubapa.......emak dan ayah tak akan meluahkan kesusahan, kerana mereka senantiasa mendoakan dan mengharap kebaikan buat anak-anak... perhati dan fahamilah.... :)
No comments:
Post a Comment