Salam Alaik..
Melayani rintik hujan yang bertaburan, membawa jemariku
menekan barisan huruf buat mengisi kekosongan masa..
Tentu ramai kan di kalangan sahabat yang menyukai rintik
hujan ni?....Sama juga saya.Menghidu bau hujan menjadi kesukaan saya..Yelah
kan, turunnya hujan itukan sama juga ertinya turunnya rahmat dari Sang
Pencipta..Sebab itu tiap kali bumi dimurahkan dengan rintikan hujan, saya akan
menadah tangan mendoakan impian dimakbulkan..Moga sampai hendaknya ke langit
ke-tujuh..inshaAllah..
Di waktu ini, jiwa ini membawa saya untuk teramat merindui
akan sepasang wajah tua permata hati saya, emak dan abah..Tebalnya kerinduan
ini hanya ya Rabb sahaja yang Maha Mengetahui..Seusai panggilan dijawab,
mendengar sahaja bait bicara emak yang jauh dari sisi, membuat sebak menerjah
ruang hati..Sungguh! Terasa amat ingin dipeluk dirangkul tubuh tua emak yang
amat kurindui..Menitis airmata tapi ditahan esakan kerana tidak mahu kerisauan
mengetuk pintu hatinya..Beban masalah yang berat dipikul, masih tak mampu
kuceritakan padanya..Cukuplah kesihatannya yang tidak menentu, tidak ingin
kutambah bebananku padanya...Sungguh dia insan istimewa Kau pinjamkan kepadaku
ya Rabb.....Moga dalam titian usia tuanya aku mampu bahagiakannya....
Tidak ingin biarkan diri tenggelam dalam pemikiran yang
berat menggunung, kupandang dua buah kitab yang amat kucintai, Quran dan
Tafsir..Terbersit ketenangan kala pandangan menyentuh kitab suci....Sungguh
ajaib kuasaMu ya Rabb, hanya dengan memandang sudah mampu memberi tenang
hati..Terasa tingginya khilaf diri dalam membawa langkah menujuMu..Seringkali
tersasar, kadangkala biar iman terbiar tanpa dikasihani dan kadangkala biar
kelalaian menjalar melayan rasa..Sungguh kerdil diri, kerana disibukkan dengan
masalah, kubiar hati dibisik iblis..Saat terpandangkan kitabMu, teringat akan
pesanan abah padaku, “ andai ingin menangis biarlah airmata yang mengalir itu
kerana syukur dan mengamati kehebatan Sang Pencipta agar ianya mengalir tidak
sia-sia ”...Terima kasih abah, tak pernah jemu dengan petikan nasihat
buatku....Allah ya Rabb, kurniakan kesihatan yang sejahtera buat kedua insan
yang amat kucintai ini....Amin
No comments:
Post a Comment