Sunday, 12 May 2013

Indahnya RahsiaMu.. (Bahagian II)

"Zahhh...bangun..dah subuh ni.." terdengar suara Nadiah memanggil di cuping telinga.
"Ye Yah....aku bangun.." balas AnNur Izzah. Awal pagi itu terasa bengkak matanya. Sempat dilihat wajahnya di cermin bilik, bimbang sekiranya sahabat baiknya itu bertanya kelak. "Syukur masih okay lagi.." ucapnya perlahan sekadar berbisik sendiri.
"Yah..tunggu aku tau kita jemaah sama.." jerit AnNur Izzah kepada Nadiah. Sedikit kalut tingkahnya mengejar waktu Subuh.
"Yeee...aku tunggu ler nih..Kau jangan tido pulak dalam toilet tu.." usik Nadiah.

Selepas lima minit kemudian, kedua-dua sahabat itu memulakan solat Subuh berjemaah pagi itu. Terasa tenang hati apabila selesai urusan dengan Illahi. Indahnya bila untaian kasih yang telah sedia terbina sejak bertahun dieratkan lagi dengan kasih kepada Sang Pencipta. Usai bersalaman, kedua sahabat itu menyudahkan bacaan Al-Quran masing-masing. Pesan kedua orang tua tidak akan dilupakan agar senantiasa menghidupkan hati dengan surat cinta Illahi. Setelah keduanya menghabiskan bacaan, tiba-tiba tergerak hati Nadiah untuk bertanya kepada AnNur Izzah.

"Zah..maaf ye aku nak tanya ni. Dari semalam lagi aku terperasan keadaan kau. Sebenarnya, masa kau lepas solat sunat semalam, aku masih belum lena lagi. Aku dengar suara kau macam sedih sangat. Masa kau tidur pun, aku terperasan kau macam baru lepas menangis je..kau ada masalah ke?" sedikit kekok Nadiah memulakan bicaranya. Ukhuwah yang terbina sejak 2 tahun dahulu dirasakan semakin hari semakin menebal. Hubungan mereka sudahpun diibaratkan seperti adik-beradik. Mana mungkin dibiarkan sahabat baiknya itu menangis sendirian. Rasa kebertanggungjawaban menjadikan dirinya tidak sanggup membiarkan sahabatnya itu berada dalam keadaan sedih seorang diri.
"Tak ade apelah Yah..aku okay je. Maybe sebab aku rindukan mak abah aku kot.." jawab AnNur Izzah, berselindung.
"Zah..kalau ade ape-ape masalah, kau cerita la dengan aku. Aku tak sampai hati la tengok kau sedih sorang-sorang. Kita sama-sama kongsi ye..mana tahu kot aku boleh bantu ke. Tak banyak sikit pun jadilah. Nanti ringan sikit beban kau.." pujuk Nadiah. Dia tahu sahabatnya yang seorang ini agak susah ingin berkongsi masalah. Apa jua ujian, AnNur Izzah lebih senang menghadapinya sendiri. Pernah dulu diajaknya berkongsi, tetapi jawapan AnNur Izzah tetap sama. Tak ingin membebani dirinya dengan masalah, katanya. "Alahai Izzah..kuatnya hatimu sahabat. Walau beribu masalah, kau tetap lindungi dengan senyuman.." bisik hati kecil Nadiah.

"Nanti bila aku rasa tak mampu nak hadapi sorang-sorang, aku kongsikan dengan kau ye Yah..tapi sekarang ni aku okay lagi...kau jangan risau ye...." ujar AnNur Izzah disudahi dengan senyuman.
"Tapi kau janji tau kalau ade ape-ape kau cerita dengan aku....aku tak syok la tengok kau sedih sorang-sorang.." pujuk Nadiah lagi. Mudah-mudahan sahabatnya itu mengerti bahawa dirinya senantiasa ada bila diperlukan.
"Ye Yahhhh...don't worry okay! I'm still can handle it..So, what's our plan today? Arini takde kuliah kan? Jom pegi jalan-jalan nak? Dah lama kita tak hang-out. Dah kematu otak aku ni mentelaah buku-buku tu.." balas AnNur Izzah, masih sempat bergurau.
"Ha'ah laa..boleh...tapi lewat-lewat sikitla. Sejuk giler nih. Karang tak sempat berjalan dah beku kita kat luar tu tau..silap haribulan boleh jadi replika ais batu kat depan apartment ni...." gurau Nadiah.

"Yela tuan puteri....takut sangat kalau sejuk. Kalau panas banyak songeh pulak kau kan macam puteri lilin....ketuk karang..ish.." balas AnNur Izzah.
"Bukan aku banyak songeh Zah..tapi kita perlu menghormati cuaca kat sini. Kalau kat Malaysia, no hal dah aku..hehehee..." ujar Nadiah berseloroh.
"Hemmm...yelaaa tu. Eh! Tapi nanti kita singgah bookstore dulu tau. Pastu market eh..Ade barang sikit nak beli. Nanti balik boleh kita main masak-masak.. " sambung AnNur Izzah.
"Main masak-masak pulak....ni mesti kes zaman kanak-kanak kau tak sempat nak main masak-masak kan? Aku okay je..tapi nanti masak sedap-sedap sikit ye.Tuan puteri ni nak santap..hehehe.." Nadiah masih menyambung gurauannya.
"Yolahhhh tuan puteri lindungan bulannnn..." sambut AnNur Izzah. Kedua-dua mereka ketawa. Terus lenyap begitu sahaja cerita sedih AnNur Izzah tadi. Baginya, sahabatnya itulah penawar dukanya di kala dia berjauhan dengan keluarganya. Sahabat yang sama-sama membantu dalam susah senangnya selama ini.
"Terima kasih Ya Allah kerana kekalkan ukhuwah ini..moga ianya berterusan hingga JannahMu!" seru AnNur Izzah dalam hati.



bersambung..


p/s : Sahabat terbaik adalah yang mampu menegurmu saat engkau terleka, yang mampu berkongsi susahmu saat engkau terluka, yang mampu ikhlas ketawa bersamamu saat engkau merasa senang gembira


No comments:

Post a Comment