Merinduimu umpama merindui bintang
Menggapaimu umpama menggapai bayang-bayang
Tak tercapai tak terpegang
Kerana aku tahu mulianya dudukmu Yang Esa tempatkan
Sedari kukenal dunia
Engkaulah kudamba penglihatan
Aku sediakan istimewa tingkatmu dalam jiwa
Aku anyam cinta dalam doa..tak pernah lupa
Rasulku..aku kagumi kisah cintamu
Cerita indah engkau bersama isteri tercintamu
Cerita cinta perjuangan..mengharap redha Tuhan
Sungguh..!
Damba cinta persis cintamu buat Khadijah
Dan sungguh..!
Aku mencari Khadijah dalam diriku..
Tak terlewat sejak kukenal sirahmu
Aku ingin menjadi seperti Khadijah
Tak pernah perih tak pernah gundah
Melayar bahtera menahan payah..demi suami pembangun ummah
Aku ingin menjadi seperti Khadijah
Kuat imannya teguh tak resah
Kerana yakin akan cinta Allah..cinta hingga Jannah

Awalnya ghairah akhirnya parah
Tidak diingin cinta seteguh Laila dan Majnun
Awalnya pesona akhirnya merana jiwa
Tapi....
Yang didamba hanya cinta seindah cintamu kepada Khadijah
Cinta agung tak pernah goyah
Cinta hormat walaupun susah
Cinta setia kerana Allah
Kerana cinta begitulah ertinya cinta sampai syurga
No comments:
Post a Comment