Friday, 12 October 2012

Apa erti Redha bagiku..


Bismillahirrahmanirrahim....

:)

I started my entry today with smile....a bit exhausted today..mana taknye, boleh pulak balik dari keje tadi silap beli token lrt..berangan betul! huhuhuuu.....seperti kebiasaan, sebelum nak tido ni biarlah kuisi blog ni dengan satu entri malam ni..

Redha....
Satu perkataan, tapi beribu maknanya..ada orang kata "redha tu ikhlas, pasrah tu menyerah"..bak dialog dalam ombak rindu..ada betulnya jugak..tapi bagi aku definisi REDHA ni besar maknanya... aku belajar mengetahui maksudnya bila sudah dewasa ini...dulu masa skolah, ustazah penah bagi kuliah pasal ni, dan sampai skarang aku ingat pesannya..."redha tu tinggi nilainya.yang paling bernilai adalah redha ibubapa pada anak-anak.kerana redha Allah tu terletak pada redha ibubapa".... Bayangkan kalau mak ayah kita tak redha hidup kita, berkat ke hidup kita? tenang ke hati kita walaupun harta bertimbun?....

Kalau masa skolah dulu, redha mak ayah kita cari sebelum menuntut ilmu kan..walaupun masa tu kita tak tahu pun maknanya, tapi tiap kali sebelum exam, tentu kita akan minta restu mak ayah kan untuk doakan kejayaan kita...betapa besarnya jasa mereka....subhanallah

Bila dah menginjak dewasa ni, aku lebih mengenali erti redha yang sebenar....redha dengan kesakitan, redha dengan kelukaan, redha dengan keletihan, redha dengan pengorbanan apatah lagi ujian dan dugaan....sebab aku mula belajar yang redha itu adalah salah satu kunci syurga dan ketenangan.. Dunia ni sementara je..sebab tu Allah banyak bagi pesona dan kelalaian atas dunia sebab DIA nak uji tahap iman kita..sedangkan Akhirat itu la tempat tinggal yang kekal abadi....Tapi ramainya yang kejar dunia macam dunia ni la tempat yang kekal sampaikan lupa akhirat....terima kasih aku ucapkan pada Prof.Muhaya dan Ustazah Norhafizah sebab dari slot yang aku sempat dengar, ada berkongsi ilmu tentang ni....slalulah doa moga Allah bina mahligai untuk kita di akhirat sana agar kita selesa tinggal di sana kelak..kutiplah seberapa banyak amalan dan pahala untuk dijadikan batu-bata buat malaikat membina rumah kita di sana....jangan di dunia kita kaya, tapi di akhirat kita papa kedana...naudzubillah....

Alhamdulillah...walaupun sebenarnya kita kadangkala merasa seperti tak adil hidup ni, tapi bila kita letakkan semuanya kembali pada Allah..meyakini kekuasaanNYA, insyaallah bahagia slow-slow akan datang....bukan senang untuk sabar, tapi itulah yang menjadi mahar kekuatan kita...insyaallah :)

Salam Jumaat....





p/s : carilah redha Allah, bukan pujian manusia...kerana Allah itu kekal, manusia itu sementara cuma.




Thursday, 11 October 2012

Jodoh itu..

Bismillahirrahmanirrahim....

It was a busy day today....dengan keje yang bertimbun ditambah dengan batuk-batuk pulak..sebab masa pergi keje sempat bermain dengan hujan..macam tak lama lagi nak demam je ni..:(

Melayari fb harini, aku lebih suka mencari group ilmiah dan nasihat-nasihat dari ilmuwan..sebab slalu terngiang-ngiang pesan dari pensyarah dulu..walau sesibuk manapun kita, jangan biarkan sehari hidup kita berlalu dengan tak membaca atau diisi tazkirah..kalau tak dapat dengar tazkirah pun, cukuplah kita baca kat internet....sebab hati ni mudah lalai.kalau tak diingatkan slalu nanti lama-lama ia jadi keras..takut nanti dah tak lut kalau nak terima nasihat or teguran...lebih kurang macamtulah nasihat yang aku dapat ingat...alhamdulillah :)

Arini just nak kongsi sebuah petikan yang aku sempat baca masa dalam tren on the way balik keje tadi....so nice! Enjoy it yaa..... :)







Macammana? Nice tak....bagi aku, nice..good..true jugak
Teringat pesan mak..mohonlah slalu moga pasangan kita adalah pasangan yang baik untuk kita, slalu mendoakan kita, mampu berkorban dan menjaga kita dunia akhirat.....aminn ya Rabb :)




p/s : Jangan biarkan akhir solat kita tiada tadahan doa..doalah walaupun satu permintaan..kita ni sebenarnya pengemis dan tersangat miskin..Allah yang Maha Kaya...paling penting doalah untuk kebaikan dunia akhirat...jadi jangan sombong dengan Allah untuk minta padaNYA..lambat atau cepat, insyaallah DIA akan makbulkan.





Tuesday, 9 October 2012

PanggilanMU..

Bismillahirrahmanirrahim....

Telah masuk hari baru lagi..cepatnya masa berlalu..dan seperti biasa, sukar mata ni lelap..terpanggil jua jari-jemari ni untuk menaip buat mengisi ruang kosong blog ni....

Kali ni, terasa nak bercerita tentang tempat suci umat Islam..Mekah. Tempat yang amat ingin kulawati kuziarahi satu masa nanti..moga diberi kesempatan itu, aminn ya Rabb... :) Tak lama lagi dahpun nak sambut Hari Raya Haji..sekejap je kan..dan untuk kesekian kalinya, aku bersyukur sangat-sangat dan berkongsi bahagia sebab insan paling kusayangi dan kukasihi dunia akhiratku bakal naik haji....alhamdulillah..didoakan semoga selamat pergi dan kembali dalam keadaan sihat walafiat hendaknya ya Allah...dan semoga mak dan abahku mendapat haji yang mabrur nanti..insyaallah............memang ada rasa sikit sayu sebenarnya dalam hati, sayu disebabkan risau kesihatan mak abahku macammana nanti..tapi keyakinanku teguh pada Allah..mohon dijaga dengan sebaiknya cinta hati ini....aminnn..




Teringat saat abah dan mak mendapat surat dari tabung haji..terus abah telefon anaknya ini yang tengah bekerja time tu...hehe..memang jelas sangat-sangat suara gembira dan bahagia saat tu..hati aku pun tersentuh terharu..sebab aku tahu itulah impian bertahun lamanya yang mereka harapkan dapat dimakbulkan Allah....dan hadiah terindah yang abahku berikan buat mak..untunggg mak..hihihii....sedikit sebanyak aku merasainya dan mulai menyimpan azam untuk ke sana kelak bersama cinta hati jodohku suamiku :)..apalah erti bekerja siang dan malam andai tanah suci itu tak dapat dijejaki kan....teringin rasanya nak berdoa depan Kaabah..kalau boleh biarlah teresak-esak sekalipun asalkan dapat aku lepaskan segala doaku depanMu Ya Rabbul'izzati...

Kadang-kadang aku terfikir jugak..tak rasa rugi ke orang yang saja-saja pergi ke sana tanpa buat ibadat bersungguh-sungguh..sedangkan di tanah suci itula yang antara paling mujarab memohon doa dan pertolongan..kesian kan dengan yang fakir miskin yang nak sangat pergi sana....yang dapat pergi tak gunakan peluang dengan sebaiknya tapi yang tak dapat pergi sangat berimpian untuk ke sana....sayu pulak rasa...huhuhuuu

Apapun..didoakan semoga mak dan abahku mendapat haji dan hajah yang berkat...begitu jugak jemaah haji yang lain....insyaallah..aminn :)


Jaga diri baik-baik ye mak abah.....anakmu ini senantiasa menunggu dan mendoakan kalian.. :) 





p/s : " Lelaki yang sejati bukanlah dilihat dari banyaknya wanita yang memujanya, tetapi komitmennya terhadap wanita yang dicintainya "





Sunday, 7 October 2012

Tersirat buatmu..


Petang menjengah..hadir bersama damai yang silih berganti....
Membawa bersama layar ingatanku pada peristiwa semalam..membuatkan aku sendiri sukar menafsir apa yang terjadi....ianya tiba-tiba....ianya tanpa aku sedari....

Meniti hari hingga saat ini, aku mula memahami perjalanan duniawi..bagaimana ianya berputar, bagaimana karmanya berjalan, bagaimana doa ditangguh atau dimakbulkan Tuhan....kesedaran dan pemerhatian....

Buatmu, yang kudoakan dapat menjadi imamku yang kuhormati dan kukagumi kelak...
Saat kau tanyakan padaku erti butir-butir jernih dari mataku..ketahuilah....tiada jawapan mampu kuberikan..ianya mengalir tanpa sedar, saat sayunya tatapanku melihat wajahmu..dan hanya kalbu yang mampu berbicara segalanya....mengira kesabaran dan keikhlasan dalam perjalanan kita sampai saat ini, mengenang apa yang kita perjuang dan pertahankan demi kebahagiaan yang bukan sahaja cita-citaku di dunia tetapi juga di akhirat kelak....

Dan ketahuilah olehmu....kadangkala sesetengah perkara itu tak mampu untuk diluah dengan kata-kata, hanya sekadar jernih airmata atau diam bicara....terima kasih kerana menemaniku sampai saat ini....









p/s: Bertakhta Di Hati


Tuesday, 4 September 2012

Yakinlah....Ada Hadiahnya Kelak!


Bismillahirrahmanirrahim….

Jam dahpun nak memasuki ke angka 2 pagi saat jari ingin mengetuk keyboard..susah pulak nak lelap mata ni bila hati dan fikiran kurang tenang..baru sahaja hampir demam disebabkan masa kerja yang tak menentu, ditambah perkara-perkara peribadi….huhuu..terasa tersangat penat melalui komitmen apabila semakin menginjak dewasa kan??.....

Lately, banyak perkara berlaku..asakan kerja yang semakin bertimbun..kalau tak kerja mana pulak nak cari sumber setelkan hutang belajar kan..nipun belum masuk  alam perkahwinan dan berkeluarga..tapi terasa kurang sikit beban bila pernah terbaca petikan yang agak lebih kurang bunyinya.. ‘bila seseorang itu mendirikan rumahtangga janganlah dirisaukan akan makin sempit dan terbebannya hidup, tetapi yakinlah bahawa bilamana perkahwinan itu didirikan nescaya Allah akan mengurniakan sumber rezeki yang tidak disangka-sangka’…lebih kurang macam tulah yang boleh saya ingat..kalau tersilap, mohon betulkan ye..hehee…


Firman Allah s.w.t. yang bermaksud :

“ Barangsiapa yang bertaqwa kepada Allah, maka Allah akan menunjukkan kepadanya jalan keluar dari kesusahan, dan diberikanNya rezeki dari jalan yang tidak disangka-sangka, dan barangsiapa yang bertawakal kepada Allah, nescaya Allah mencukupkan keperluannya. ”
( Surah At-Talaq ayat 2-3 )


Kat mana pulak dah melalut ni…ish ishh ishhh… J

Melalui banyak perkara yang terjadi akhir-akhir ni, kadangkala membuatkan fikiran terasa sedikit penat dan daya fikir sedikit tinggi dari biasa….huuuuu….dari soal kerja hinggalah ke soal hidup dan peribadi, buatkan saya lantas merasakan bahawa mana mungkin Allah biarkan hamba-hambaNYA melalui jalan yang tiada mehnah dan kesakitan, kecualilah jika hati benar-benar mati..nauzubillah

Mempertahankan sesuatu yang baik bagi kita apatah lagi perkara yang bertahun lamanya dipertahankan daripada ujian dunia adalah suatu perjuangan..seperti baginda Rasulullah s.a.w. mempertahankan umatnya..seperti Saidatina Fatimah mempertahankan perkahwinannya bersama Saidina Ali….dan itulah yang memberi semangat dan kesabaran buat diri untuk terus meneruskan impian ini….tapi jangan lupa sentiasa selitkan bersama keyakinan dan iman pada ya Rabbul’izzati….

Pernah seseorang bertanya pada saya, bagaimana mampu saya lalui dengan setia dan sabar akan hal yang penuh dengan ujian sejak dari dulu hingga kini, tak pernah penatkah bila sering diuji, atau tak pernahkah terfikir untuk memilih hal yang lain?….lantas jawapan yang saya berikan hanyalah sebuah senyuman..dan saya berkata padanya, bilamana saya mula letakkan hati dan jiwa pada suatu hal (jangan lupa sentiasa letakkan Allah yang utama), dan bilamana Allah bukakan pintu dalam diri saya, maka saat itu Allah adalah keyakinan dan apa jua baik buruk adalah pilihan dari kita dan perlu diterima dengan baik….seperti pekerjaan kita..dan seperti juga dalam percintaan mahupun perkahwinan kan..mana mungkin boleh bertahan andai hati rapuh atau tiada rasa hormat, tanggungjawab, sabar atau rasa mempertahankan ikatan tersebut dari kedua-dua pihak….ujian dan dugaan itu sentiasa ada dan hadir..kerana ianya cara Allah untuk menguji dan mengetahui sama ada rapuh atau kuatkah hati kita untuk melaluinya….saya bersyukur kerana dikurniakan emak dan abah yang senantiasa mendoakan kebaikan saya dan senantiasa memahami..dan tiga orang insan yang sentiasa berdoa dan berpesan agar sentiasa berhati-hati dan dilindungi Allah..terima kasih ya Rabb

Dan perlu kita tahu dan sedar, bilamana kita berdoa mohon kekuatan dariNYA, mungkin kita akan sering tertanya pada diri, kenapa selalu saja datang ujian dan bukannya kemudahan?....saya juga sering bertanya soalan yang sama pada diri, dan kemudian..baru tersedar bahawa Allah sebenarnya meniup kekuatan dan kesabaran pada diri kita melalui siri ujianNYA….Cuma kita yang sering terleka bila hadirnya ujian dan biarkan diri lalai dengan pesona dunia….mohon dilindungi diri dan iman ini..ameen

Bila Allah ingin mengetuk pintu hati insan yang disayangiNYA, ketahuilah bahawa Dia tidak akan mengetuk dengan lambakan kata-kata indah yang membuai, sebaliknya Dia akan memberi sedikit dari banyak kesakitan yang ada….kerana Dia tahu dari kesakitan itulah yang akan membuatkan insan kesayangannya tersedar..dan dari kesakitan itulah jua telah Dia sediakan hadiah yang amat bernilai harganya kelak….Sering saya katakan pada insan istimewa bahawa setiap hari adalah hari pembaikan diri, kerana setiap hari Allah berikan kita nafas baru dan peluang untuk menjadi lebih baik selagimana pintu taubat belum tertutup..insyaAllah




# Dalam tiap kehendak manusia, Allah takkan lupa sediakan ujian


p/s:  amat ingin mencapai ‘title’ terunggul dan agung itu selain ingin menjadi sayap kiri perjuangan kekasih hati (suami) kelak..ameen ya Rabb





Tiada Jemu..Kerana Ingin Menjadi Sayap Kiri Buatmu


Bismillahirrahmanirrahim..

Selamat Hari Raya Aidilfitri..masih belum terlewat kiranya ucapan ini J  Lama sudah tak menjengah blog ni..banyak nak diluah, tapi banyaknya berakhir dengan memendam..itu lumrah kan J 


Melalui kesibukan yang agak rapat menjenguk diri setiap hari, kebanyakan masa untuk laman sosial terkubur..huhuuu..sebaliknya saya hanya banyak memerhati dan memahami setiap apa yang berlaku, terutamanya dalam laman sosial Facebook yang menjadi kegilaan ramai umat manusia..
Terdetik di hati saya, seringkali, bilamana melayari laman ini..saya lebih suka untuk memerhati apa yang berlaku, memahami tiap sifat dan sikap manusia, sama ada lelaki mahupun wanita, terutamanya bilamana Allah beri peluang masa menggunakannya. Apa yang dimanfaatkan, apa yang dilalaikan….dan seringkali juga jiwa berbisik, andai kini keadaan begini, bagaimana pula nanti bila tiba zaman anak-anak warisan masa depan..bukankah sedikit sebanyak perlakuan kita pada hari ini ada tempiasnya kepada anak-anak kita kelak?....kerisauan mengetuk, lalu tiap kali itu juga saya selit sebaris doa memohon kebaikan hidup ini dan insan-insan kecintaanku dilindungi Allah dari keburukan ini.

Saat ketika saya melayari laman Facebook yang penuh ujian..mata dan hati ini tersorot untuk membaca dan berkongsi suatu petikan yang dirasakan amat memberi kebaikan buat diri, dan juga kaum muslimah. Bait-bait katanya amat memberi kesan dan panduan yang besar buat saya yang seringkali lalai ini.Petikan yang di’post’ oleh sahabat budiman….sekadar perkongsian buat sahabat-sahabat, insyaallah ;




Dan..bait pesanan Saidatina Aisyah RA itulah yang seringkali saya baca dalam ingati daripada diari kakak tersayang suatu ketika dulu.... :)





# Dan disebabkan kesedaran dan kerisauan ini jugalah, saya tiada pernah jemu mengingatkan seseorang yang amat istimewa untuk sentiasa menguatkan iman dan sedar.Ameen ya Rabb











Friday, 10 August 2012

Sisipan kalbu..

Bismillahirrahmanirrahim..


Salam 21 Ramadhan duhai sahabat-sahabat....:)
Alhamdulillah andai ramai sedang berlumba-lumba merebut kasih dan keistimewaan bulan mulia dan barakah ini..teruskan mengejar kasih Illahi Rabbi dan teruskan perbaiki diri kita setiap hari....aminn ya Rabb

Tidak banyak yang saya ingin lakarkan di sini....cukuplah sekadar perkongsian dua buah lagu yang amat saya minati irama dan liriknya sejak dari dulu....sebuah lagu yang pertama dihadiah oleh seorang insan buat saya, dan Alhamdulillah saya memang sukai bait-bait liriknya....dan lagu kedua pula sentiasa membantu saya dalam memberi semangat memperbaiki diri......inshaAllah





.................................................







p/s : Selamat sama-sama beramal dan perbaiki diri.....inshaAllah




Wednesday, 8 August 2012

Lestarikan..cinta ini

Bismillahirrahmanirrahim..

Saat mengetuk keyboard di laptop ini, jam menunjukkan angka 3.40 a.m...sukar melelapkan mata malam ini....macammana pulak kalian?? Bagi saya, ada sebabnya mata ini tidak dapat dipejam, sedangkan awal pagi nanti perlu bekerja pulak.... :) saya anggap sebab musabab ketidaklelapan mata ni ada kaitannya dengan ujian Ramadhan..

Melayari sayu malam ini, usai solat pada yang Esa..saya teringatkan keadaan diri yang telah melalui separuh dari Ramadhan ni....tentu ada antara kita yang seringkali bergenang kelopak menahan butiran airmata mengingati perjalanan hidup kita kan? Banyak peluang yang terlepas dari hidup ini....tapi janganlah terlalu kesalkn peluang yang tercicir..sebab yang patut kita kesalkn adalah timbunan dosa dan khilaf diri...nauzubillah

Bekerja di persekitaran baru meletakkan saya dalam kelompok yang majoritinya adalah lelaki....bagi saya memang sangat mencabar memandangkan diri sedari dulu agak kurang terbiasa dengan suasana sebegini...tapi saya letakkan keadaan ini sebagai ujian keimanan, hati dan juga mental...bukan senang nihh..huhuhuu...untuk kurangkn rasa stress dan kejanggalan, makanya sejak akhir-akhir ni saya slalu dengar IKIM.fm kat mp3....lagipun dapat jugak ubat rindu kat mak abah plus tambah ilmu...heeee....

Dan kebetulannya, teringat satu slot USRATI ni yang saya dengar dua hari lepas mungkin...sangat menyentuh hati, jiwa dan kalbu....moga ada peluang kelak kalian jugak dapat sama-sama mendengar...inshaAllah..tajuknya 'Taubat' kalau tak silap....sangat banyak ilmu dari ustazah yang menyampaikn slot ni...alhamdulillah, moga Allah rahmatinya slalu...:)


Sekadar berkongsi....

- Dalam tiap doa kita usai solat, adakah kita berdoa sekadar untuk dunia saja?? sedangkan destinasi kita yang terakhir adalah akhirat...hmmmm...
- Bila agaknya kali terakhir kita mohon 'husnul khotimah'.....
- Slalu kita berdoa..tapi fahamkah kita apa yang kita doakan pada Allah??
-Pernah tak kita terfikir kenapa Lailatul qadar itu sentiasa berubah-ubah harinya??... :) sebab Allah ya Rabb ingin sekali melihat sejauh mana ikhlasnya kita beribadat padaNYA wahai sahabat... (saya juga terkesan dengan soalan ni :'(  )
-Mampu tak kita terjemah tiap surah yang kita baca/ hafal secara spontan??.....hmmm...


Ada lagi..... :)

Hati yang dibiar sakit umpama sarang ular yakni apa jua yang keluar dari mulut/ ucapan dan perbuatan itu akan menyakitkan orang lain umpama patukan ular....nauzubillah...khilafnya diri yang slalu biarkn hati lalai dengan godaan dunia..

Hmmmm.....pernah tak kita fikir yang kita slalu harapkan dan doakan supaya pasangan kita berubah jadi lebih baik, jadi lebih menyenangkan hati kita, menyejukkan hati kita...tapi sebenarnya kita lupa untuk sama-sama berusaha mengubah diri jadi lebih baik....saya teringat kata-kata seorang ustazah ini, " dalam kita tak sedar..kita adalah cerminan pasangan kita..andai inginkan pasangan kita menjadi baik dan senangkan hati, maka jangan hanya berharap padanya untuk berubah tapi perlu sama-sama lakukan perubahan.. " sebaiknya mulakan dengan muhasabah diri, tahajjud dan taubat..keampunan Allah Maha Luas..apatah lagi dalam bulan yang penuh berkat ini....


p/s : sempatkah kita bertaubat dan beramal....sedangkan tarikh ajal kita adalah bila-bila masa..


# Usah berdoa untuk jadi yang sempurna, kerana manusia tidak akan pernah menjadi sempurna..Sebaliknya berdoalah agar menjadi lebih baik dan terbaik.






Wednesday, 1 August 2012

Sebelum kupejam mata ini....




Bismillahirrahmanirrahim..

Wahai Allah ya Rabb yang Maha Memuliakan...
Pemilik segala alam kesempurnaan..
Pencipta siang kedamaian..
Pereka malam keindahan..

Labuhkan tirai hati dan kalbu ini..
Pada jalan mahmudah..
Temukan sujud dahi ini..
Pada lantai bumi gagah..

Bukakan pintu kejayaan dan kebahagiaan..
Mudahkanlah....
Luaskan jalan kejayaan dan kebahagiaan..
Mudahkanlah....
Ringankan bebanan ujian dugaan..
Ringankanlah....ringankanlah

PadaMu ada kedamaian..
Di sisiMu ada ketenangan..

Kutahu ujianMu tanda kasih sayang..
Mengingatkan hambaMu agar tiada kealpaan..
Melantunnya iman tanda diri kekurangan..
Hanya doa harapan moga teguh di jalanan..


Syukurku kerna senantiasa beriku ruang untuk berusaha..Kerna diri penuh kekurangan..jauh sekali mencapai kesempurnaan.....



:: Bahagia itu subjektif..dan jalan menuju bahagia itu objektif ::



Tuesday, 31 July 2012

Pandanglah......dengan syukur

Bismillahirrahmanirrahim...

Salam 'Alaik sahabat :)  


Meniti hari ke sepuluh Ramadhan..banyak peristiwa, mungkin juga dapat dikatakan momen penting yang berlaku dalam hidup ini....sedar tak sedar setiap hari yang berlalu itu jualah yang banyak mengajar erti hidup, terutamanya apabila jauh dari kedua mak abah tercinta.....

Alhamdulillah....sampai ke hari ini doa yang tidak pernah pudar dalam tadahanku apabila bertemu sujud dengan Illahi Rabbi...syukur dipanjangkan usia, walau pelbagai perit mehnah hidup yang telah dijalani....:) dan seharusnya kita sentiasa perlu tahu...Tuhan tidak pernah tinggalkan hambaNYA, apatah lagi tika kita berada dalam kesedihan mahupun duka....kerana Dia senantiasa Memerhati...hatta sehelai daun yang gugur menyembah bumi....


"Allah selalu ada"....inilah ungkapan yang selalu aku ingati tika kesusahan menjenguk diri..ungkapan dari seorang insan yang senantiasa aku hargai hingga saat ini....inshaAllah....dan bersama ungkapan ini juga inginku berkongsi pada sahabat terutama yang melalui sukar suka duka kehidupan...tiap kali berasa lemah, pandanglah langit yang membiru dan tika malam menghampar istimewanya, pandanglah bulan jua bintangnya....ucapkan syukur kerana Allah pilih untuk kita sedar melalui kepayahan dan mehnah yang dipijak.....andai kegembiraan dirasa, jangan mengajar diri alpa...kerana hati yang menangis tatkala menghadapi ujian itu adalah hati yang lunak untuk berada dekat denganNYA..... :)



Ehemmm ehemm...hari ini, banyak buatku berfikir dari biasa...menggalas beg yang diameternya besar menjadikan aku seperti kura-kura pergi kerja dan pulang kerja....istimewanya, pergi menaiki tren dan pulang juga menaiki tren...hehehee....sungguh! terasa seperti semakin rapuh tulang belakang...hmmmm...tapi sempat aku memujuk sang hati, mencari rezeki jangan dikesali mahupun mengeluh andai inginkan hasil yang berkat....Alhamdulillah hati mendengar....:) terdetik hati ini saat emak dan abah tercinta berhempas pulas menyediakan yang terbaik buatku dahulu..tanpa sedikitpun rungutan, malahan wajah emak yang sentiasa cantik bagiku tak pernah lekang menguntum senyum menghantarku menuntut ilmu.....kata emak dan abah, ilmu itulah yang terbaik yang mampu diberikan mereka buat mengubah hidup menjadi lebih baik...sungguh dalam perjalanan pulangku setiap saat aku memikirkan buah hatiku ini.....biar diri dimamah usia, tetap kulihat emak dan abah bersama meraikan susah senang, lebih dan kurang diri mereka...Tuhan, golongkan buah hatiku ini dalam golongan orang-orang yang soleh... 

Andai kita masih diberi kesempatan dan peluang oleh ya Rabb memiliki emak dan ayah...sentiasalah hargai keduanya....kerana redha Allah itu terletak pada redha ibubapa.......emak dan ayah tak akan meluahkan kesusahan, kerana mereka senantiasa mendoakan dan mengharap kebaikan buat anak-anak... perhati dan fahamilah.... :)





Friday, 27 July 2012

Terima Kasih....Ramadhan Kareem


Salam 'Alaik..


Terasa sudah lama tidak membawa jari jemari menekan keyboard ni...Alhamdulillah, dipinjamkan masa pada malam ini oleh Ya Rabb untuk bersama berkongsi sedikit rasa..hehee...

Memulakan Ramadhan kali ini juga membawaku kepada pengembaraan baru..inshaAllah, moga pengembaraan baru ini dapat kugunakan sebaiknya sebagai tanda terima kasih atas kurniaan rezeki dari Allah..amin ya Rabb....walaupun setiap hari dirasakan penat dan letih mengharungi komitmen kehidupan, tapi Alhamdulillah masih ada pinjaman ruang ini dari Allah untukku.....agak jauh jika dibandingkan dengan tempat yang dulu, tapi sekurangnya ia sedikit sebanyak dapat mendisiplinkan diri..mengenal dan memerhati.......bak kata orang, jauh perjalanan luas pemandangan maka banyaklah pengalaman...hehuhehuhehuuuu....

Emmmmm...opss lupa pulak aih...patutnya nak cakap pasal Ramadhan bulan mulia ni..eh bukan cakap, kongsi..hehehehee..terrr 'ke laut' pulak dah....

Memulakan Ramadhan kali ini dengan first day..sorang-sorang..jauh dari keluarga... :'( ...sedih rasanya, ditambah dengan demam yang teruk..hanya suara insan tersayang mak abah buat pengubat kerinduan..ambik aura puasa..ini pun dah banyak mengajar tentang ujian hidup..Alhamdulillah... :)

Sebentar tadi melayari internet buat mencari pengisian ilmu dalam diri, membawaku terbaca sebahagian hadis tentang bulan kemuliaan ini...ingin saya berkongsi dengan sahabat-sahabat..semoga dapat manfaat bersama :)


RAMADHAN .....


Hmmmm..selalu kan kita baca or dengar ayat ni..betapa besarnya keagungan Allah pada hamba-hambaNYA..sehinggakan setiap hari dalam hidup kita Dia banyak berikan peluang, inikan pula dihadirkan lagi dengan bulan Ramadhan ni..subhanallah Maha Suci Allah..kerdilnya diri...Permulaannya RAHMAT pertengahannya KEAMPUNAN(maghfirah) dan penghujungnya PEMBEBASAN DARI API NERAKA...

Alhamdulillah, walaupun permulaan Ramadhan saya kali ini bermula dengan ujian demam yang teruk, tapi Allah banyak berikan peluang untuk kekuatan diri....hikmahnya Ramadhan....dan seterusnyaaaaaa :)


Nampak tak tulisan???? hiiiiiihihiii...teropong-teropongla sikit ye kalau kurang jelas tu.....

Hmmm kalau time puasa ni kadang kita kurang selesa nak bercakap banyak dengan officemate ke kawan-kawan ke kan..sebab risaunya mulut berbau..tapi takpe, jangan khuatir :)...cakap benda yang perlu..sebab itu bulan ini dinamakan bulan yang banyak ujian..salah satunya menguji kita ni nak mengumpat ke tak?nak borak kosong ke tak time kerja?kannnn.....besarnya rahmat Allah berikan..ditambah dengan makhluk Allah yang lain pun mendoakan kita sehingga berbuka puasa...subhanallah baiknya mereka! :)



Wahwahwahh...istimewanya Ramadhan Kareem ni....sehinggakan syurga Allah persiapkan buat umat Islam yang ikhlas berpuasa..istimewanya Allah ya Rabb kannn! :) ....dan tentunya ramai antara kita berebut-rebut keunggulan Ramadhan ni..Alhamdulillah..moga kita sama-sama peroleh keberuntungan pahala dunia dan akhirat nanti.....inshaAllah....

Salam Ramadhan sahabat-sahabat! :)

Monday, 9 July 2012

Rintik Hujan..


Salam Alaik..


Melayani rintik hujan yang bertaburan, membawa jemariku menekan barisan huruf buat mengisi kekosongan masa..

Tentu ramai kan di kalangan sahabat yang menyukai rintik hujan ni?....Sama juga saya.Menghidu bau hujan menjadi kesukaan saya..Yelah kan, turunnya hujan itukan sama juga ertinya turunnya rahmat dari Sang Pencipta..Sebab itu tiap kali bumi dimurahkan dengan rintikan hujan, saya akan menadah tangan mendoakan impian dimakbulkan..Moga sampai hendaknya ke langit ke-tujuh..inshaAllah..


Di waktu ini, jiwa ini membawa saya untuk teramat merindui akan sepasang wajah tua permata hati saya, emak dan abah..Tebalnya kerinduan ini hanya ya Rabb sahaja yang Maha Mengetahui..Seusai panggilan dijawab, mendengar sahaja bait bicara emak yang jauh dari sisi, membuat sebak menerjah ruang hati..Sungguh! Terasa amat ingin dipeluk dirangkul tubuh tua emak yang amat kurindui..Menitis airmata tapi ditahan esakan kerana tidak mahu kerisauan mengetuk pintu hatinya..Beban masalah yang berat dipikul, masih tak mampu kuceritakan padanya..Cukuplah kesihatannya yang tidak menentu, tidak ingin kutambah bebananku padanya...Sungguh dia insan istimewa Kau pinjamkan kepadaku ya Rabb.....Moga dalam titian usia tuanya aku mampu bahagiakannya....

Tidak ingin biarkan diri tenggelam dalam pemikiran yang berat menggunung, kupandang dua buah kitab yang amat kucintai, Quran dan Tafsir..Terbersit ketenangan kala pandangan menyentuh kitab suci....Sungguh ajaib kuasaMu ya Rabb, hanya dengan memandang sudah mampu memberi tenang hati..Terasa tingginya khilaf diri dalam membawa langkah menujuMu..Seringkali tersasar, kadangkala biar iman terbiar tanpa dikasihani dan kadangkala biar kelalaian menjalar melayan rasa..Sungguh kerdil diri, kerana disibukkan dengan masalah, kubiar hati dibisik iblis..Saat terpandangkan kitabMu, teringat akan pesanan abah padaku, “ andai ingin menangis biarlah airmata yang mengalir itu kerana syukur dan mengamati kehebatan Sang Pencipta agar ianya mengalir tidak sia-sia ”...Terima kasih abah, tak pernah jemu dengan petikan nasihat buatku....Allah ya Rabb, kurniakan kesihatan yang sejahtera buat kedua insan yang amat kucintai ini....Amin

Kaktus di Perjalanan..

Bismillahirahmanirrahim,

Untaian rasa menarik diri untuk melakar coret barisan perkataan..
Biar hanya diri yang berbicara, biar hanya diri mengumam suara..

Meladeni kehidupan di kota penuh dugaan..
Diberi rasa kepayahan yang berterusan..
Sungguh! Semakin terasa perit dengan ujian..
Iman kian teruji, malahan mencambah kerendahan kekuatan diri..

Melayari hari..
Tuhan lemparkan dugaan tiada bertepi..
Walau puas cuba gagahi diri..
Namun....
Empangan yang selalu kuat bertahan..
Senantiasa pecah dikala sendirian..
Menghujani tiada henti...

Tuhan....
Selitkanlah kekuatan yang selama ini dipertahan..
Tuhan....
Bukakanlah jalan yang dirasa makin sempitkan perjalanan..
Tuhan....
Jagakanlah iman, biar beribu kelukaan mencalar lintang..

Kurindu mengalunkan bait ayat cintaMu..
Kurindu bertemu sujud denganMu..
Kurindu bisikan kasih sayangMu yang tiada jemu..
Kurindu hadirnya kekuatan menerus hayatku di bumiMu..
Kerana hanya itu ketenanganku..

Sungguh! Hati dan jiwa kian melara..
Menanti mendoa buat sang cinta..
Kekuatan dan kesabaran kutitip bersama..
Tumbuhkan kaktus di perjalananku..
Moga dapat kuhirup dahaga buat bekalan kekuatanku....

Tuesday, 12 June 2012