Friday, 15 November 2013

Kampung Baru dan Puasa Asyura

Bismillahirrohmanirrohim..

Clock ticking....jarum jam tunjuk 4 pagi. Tapi mata ni masih belum mahu lelap. Aku sedar sejak dua menjak ni aku jarang sangat tidur awal. Bukan paksa diri nak sengkang mata. Cukupla time belajar dulu asyik 'tidur tak tidur'. Lelah rasa bila susah tidur ni. Insomnia. Tak suka ! :(

Bila susah nak tidur ni, aku pun rajin menaip. Buang masa kat sini. Saja nak potpetpotpet :P
Sedang duk pikir-pikir ni, tetiba terasa dah lama tak makan kat Kampung Baru, KL....hemhemhemmmm. Antara tempat memori aku..sedapnyaaa kalau dapat makan nasik plus ulam-ulam. Aku memang suka sangat ulam-ulam ni. Lauk pulak banyak pilihan.. Haishhh!! Pepagi buta ni duk buat lapaq plak..heeee


Semalam baru lepas Hari Asyura, 10 Muharam 1435h. Alhamdulillah, aku ambik peluang berpuasa sunat plus awal-awal lagi mak call aku ajak puasa sama-sama....sayangggg mak ! :)

Anyway, just sedikit pengetahuan yang aku tau pasal Asyura ni. Tupun sebab rajin duk belek-belek artikel kat internet. Tetiba terjumpa pasal Hari Asyura ni. Tak ingat tajuk apa artikel tu, tapi yang aku ingat, ia menerangkan tentang hari di mana Nabi Musa a.s dan pengikutnya diselamatkan oleh Allah s.w.t. Rasanya ramai tahu. Nabi Allah, Musa dikejar oleh bala tentera Firaun waktu tu. Allah perintahkan Nabi Musa mengetuk tongkatnya untuk membuat laluan kat laut untuk selamatkan diri dan pengikutnya dari dibunuh Firaun. Lepas dari peristiwa tu la, Nabi Allah, Musa memutuskan untuk berpuasa pada 10 Muharam sebagai tanda syukur dan terima kasihnya pada pertolongan Allah s.w.t. Dan sebaiknya puasa 2 hari iaitu pada 9 Muharam dan 10 Muharam atau 10 Muharam dan 11 Muharam bagi membezakan puasa umat islam dengan kaum Yahudi sebab kaum Yahudi hanya berpuasa pada 10 Muharam sahajaaaaaa....



Lagi pulak, hikmah puasa ni dapat menghapuskan dosa setahun yang lalu (Riwayat Muslim). Baik kan Allah :) Selalu bagi peluang hamba-hambaNYA bertaubat, mengurangkan berat dosa dan tambah pahala......i heart Allah !

Tu la serba sedikit info yang aku tau pasal hari Asyura ni. Tupun terbaca dari artikel tu. Wallahualam sejauh mana benar atau tak info ni. Tapi ada baiknya, untuk lebih sahih dan tepat, kena tanya pada yang pakar dan lebih mengetahui ;) Lagi banyak kita kaji lagi banyak kita tahu ;)


p/s : selalu doa moga Allah bantu mudahkan kita perbaiki diri..

Tuesday, 12 November 2013

Yang Kisah dan Tak Kisah



Aku tak kisah..
Jika aku perlu redah susah cari rezeki bersama
Aku tak kisah..
Jika aku perlu lalui sukar payah bersama
Aku tak kisah..
Jika aku harus tahan letih keringat bersama

Kerana aku tahu
Mencari sesuap nasi bukan mudah
Kerana aku sedar
Hidup di dunia ini bukan selamanya gundah

Tapi..

Yang aku kisah..
Jika turun naik iman bukan lagi menjadi kepentingan
Yang aku kisah..
Jika janji di bibir tapi lain di tindakan
Yang aku kisah..
Jika tanggungjawab menjadi sekadar mainan
Yang aku kisah..
Bila di mata dikabur dunia dikejarmu hanya pesona
Yang aku kisah..
Bila penantian dan pengorbanan seolah tiada guna

Sedangkan nilaian insan itu pada kata-kata dan tindakannya

Apa yang kau genggam
Apa yang kau cari
Apa yang kau ingin....sebenarnya??


-nukilan perantau

Sunday, 10 November 2013

Allah punya rencana..


Jarum jam menunjukkan pukul 5 pagi. Mata belum mahu lelap. Terdengar alunan ayat Quran dari masjid dekat-dekat sini. Damai. Tenang rasa. Cuma diri masih terasa mahu menaip sesuatu di ruang blog ini. Catitan barangkali. Sekadar hilang rasa rindu..

Tak banyak untuk aku taip pagi ini. Cuma hari ini, fikiranku banyak memikirkan persoalan dan jawapan untuk tiap kejadian mahupun keadaan. Sekeliling. Sejauh mata memandang. Semampu hati merasa.


Perjalanan hidup? Masa depan? Hari esok? Ada perancangan, tapi belum tentu Allah izinkan. Tapi aku teruskan dengan doa. Jangan sombong dengan Allah, Jangan tinggal doa. Itu pesan emak yang aku cintai.

Melihat sahabat baik bakal mendirikan rumahtangga, hati sedikit terusik. Bahagia, namun sedikit sedih. Sedih gembira barangkali. Aku harap begitu. Moga bahagia rumahtangga sampai syurga..inshaAllah

Allah pegang hati. Allah punya rencana. Selama ini aku yakin Allah selalu ada. Selalu. Dia tahu segala. Dia tahu apa aku lalui. Mohon yang baik-baik. inshaAllah..



Tuesday, 5 November 2013

Tahun Baru..Salam Maal Hijrah

Bismillahirrahmanirrahim


Datang lagi Tahun Baru..
Tahun Baru dalam Kalendar Islam 1435h



Aku tahu ramai yang mengetahui
Aku sedar ramai yang menginginkan pembaharuan diri
Tapi yang aku boleh katakan..
Tak banyak yang berubah..tiada kesedaran

Sungguh hari ini buatku banyak berfikir
Banyak rasa yang menjentik hati
Aku mulai sedar sesuatu..
Bahkan mungkin rasa itu yang diberi Tuhanku
Atas doa-doaku dan dosa-dosaku

Allah Tuhanku..
Sepertimana Kau baharukan tiap hari dan tahun
Maka baharukan juga diriku dan hidupku
Aku tak ingin sesat dunia
Bahkan aku tak sanggup hadap rakus tamak manusia
Lalai pesona alam fana dan insan seisinya
Kerana aku tahu dunia ini sementara

Allah Tuhanku..
Aku tahu Kau sentuh hatiku hari ini
Aku tahu Kau buat sedar lalai jiwaku hari ini
Aku tahu Kau mahu tangisku luruh hari ini
Semua kerana apa??
Kerana Kau inginku berfikir sedalamnya
Kerana Kau mahuku menyusun rasa di jiwa
Kerana Kau inginkan aku lihat sejauhnya
Sebelum waktuku terlambat hargai segala

Allah Tuhanku..
Sebelum nyawaku berpisah dari jasadku
Sebelum sesalku terlewat waktu
Pegangi hatiku, Sentuhi jiwaku, Dakap aku selalu, Kuatkan imanku
Lindungiku dan keluargaku dari azab bahang nerakaMu
Kerana aku tahu..rasa yang Kau salurkan ini adalah atas kasih sayangMu..

Bantu aku hadapi ujianMu
Fahamkan aku lalui dugaanMu
Kerana aku tahu..
Mata yang celik tak bererti ia melihat
Mata yang pejam tak bererti ia tidur
Manusia memuji kerana menduga
Kerana dari pujian itu lahirnya ujian



Terima Kasih Allah..Tuhanku

p/s: Hijrahkan diri mencari redhaMu

Thursday, 31 October 2013

Mendamba Cinta Itu

Bismillahirrahmanirrahim....


Merinduimu umpama merindui bintang
Menggapaimu umpama menggapai bayang-bayang
Tak tercapai tak terpegang
Kerana aku tahu mulianya dudukmu Yang Esa tempatkan

Sedari kukenal dunia
Engkaulah kudamba penglihatan
Aku sediakan istimewa tingkatmu dalam jiwa
Aku anyam cinta dalam doa..tak pernah lupa












Rasulku..aku kagumi kisah cintamu
Cerita indah engkau bersama isteri tercintamu
Cerita cinta perjuangan..mengharap redha Tuhan
Sungguh..!
Damba cinta persis cintamu buat Khadijah
Dan sungguh..!
Aku mencari Khadijah dalam diriku..
Tak terlewat sejak kukenal sirahmu

Aku ingin menjadi seperti Khadijah
Tak pernah perih tak pernah gundah
Melayar bahtera menahan payah..demi suami pembangun ummah

Aku ingin menjadi seperti Khadijah
Kuat imannya teguh tak resah
Kerana yakin akan cinta Allah..cinta hingga Jannah


Tidak diimpi cinta sehebat Romeo dan Juliet
Awalnya ghairah akhirnya parah
Tidak diingin cinta seteguh Laila dan Majnun
Awalnya pesona akhirnya merana jiwa
Tapi....
Yang didamba hanya cinta seindah cintamu kepada Khadijah
Cinta agung tak pernah goyah
Cinta hormat walaupun susah
Cinta setia kerana Allah
Kerana cinta begitulah ertinya cinta sampai syurga


Sunday, 12 May 2013

Indahnya RahsiaMu.. (Bahagian II)

"Zahhh...bangun..dah subuh ni.." terdengar suara Nadiah memanggil di cuping telinga.
"Ye Yah....aku bangun.." balas AnNur Izzah. Awal pagi itu terasa bengkak matanya. Sempat dilihat wajahnya di cermin bilik, bimbang sekiranya sahabat baiknya itu bertanya kelak. "Syukur masih okay lagi.." ucapnya perlahan sekadar berbisik sendiri.
"Yah..tunggu aku tau kita jemaah sama.." jerit AnNur Izzah kepada Nadiah. Sedikit kalut tingkahnya mengejar waktu Subuh.
"Yeee...aku tunggu ler nih..Kau jangan tido pulak dalam toilet tu.." usik Nadiah.

Selepas lima minit kemudian, kedua-dua sahabat itu memulakan solat Subuh berjemaah pagi itu. Terasa tenang hati apabila selesai urusan dengan Illahi. Indahnya bila untaian kasih yang telah sedia terbina sejak bertahun dieratkan lagi dengan kasih kepada Sang Pencipta. Usai bersalaman, kedua sahabat itu menyudahkan bacaan Al-Quran masing-masing. Pesan kedua orang tua tidak akan dilupakan agar senantiasa menghidupkan hati dengan surat cinta Illahi. Setelah keduanya menghabiskan bacaan, tiba-tiba tergerak hati Nadiah untuk bertanya kepada AnNur Izzah.

"Zah..maaf ye aku nak tanya ni. Dari semalam lagi aku terperasan keadaan kau. Sebenarnya, masa kau lepas solat sunat semalam, aku masih belum lena lagi. Aku dengar suara kau macam sedih sangat. Masa kau tidur pun, aku terperasan kau macam baru lepas menangis je..kau ada masalah ke?" sedikit kekok Nadiah memulakan bicaranya. Ukhuwah yang terbina sejak 2 tahun dahulu dirasakan semakin hari semakin menebal. Hubungan mereka sudahpun diibaratkan seperti adik-beradik. Mana mungkin dibiarkan sahabat baiknya itu menangis sendirian. Rasa kebertanggungjawaban menjadikan dirinya tidak sanggup membiarkan sahabatnya itu berada dalam keadaan sedih seorang diri.
"Tak ade apelah Yah..aku okay je. Maybe sebab aku rindukan mak abah aku kot.." jawab AnNur Izzah, berselindung.
"Zah..kalau ade ape-ape masalah, kau cerita la dengan aku. Aku tak sampai hati la tengok kau sedih sorang-sorang. Kita sama-sama kongsi ye..mana tahu kot aku boleh bantu ke. Tak banyak sikit pun jadilah. Nanti ringan sikit beban kau.." pujuk Nadiah. Dia tahu sahabatnya yang seorang ini agak susah ingin berkongsi masalah. Apa jua ujian, AnNur Izzah lebih senang menghadapinya sendiri. Pernah dulu diajaknya berkongsi, tetapi jawapan AnNur Izzah tetap sama. Tak ingin membebani dirinya dengan masalah, katanya. "Alahai Izzah..kuatnya hatimu sahabat. Walau beribu masalah, kau tetap lindungi dengan senyuman.." bisik hati kecil Nadiah.

"Nanti bila aku rasa tak mampu nak hadapi sorang-sorang, aku kongsikan dengan kau ye Yah..tapi sekarang ni aku okay lagi...kau jangan risau ye...." ujar AnNur Izzah disudahi dengan senyuman.
"Tapi kau janji tau kalau ade ape-ape kau cerita dengan aku....aku tak syok la tengok kau sedih sorang-sorang.." pujuk Nadiah lagi. Mudah-mudahan sahabatnya itu mengerti bahawa dirinya senantiasa ada bila diperlukan.
"Ye Yahhhh...don't worry okay! I'm still can handle it..So, what's our plan today? Arini takde kuliah kan? Jom pegi jalan-jalan nak? Dah lama kita tak hang-out. Dah kematu otak aku ni mentelaah buku-buku tu.." balas AnNur Izzah, masih sempat bergurau.
"Ha'ah laa..boleh...tapi lewat-lewat sikitla. Sejuk giler nih. Karang tak sempat berjalan dah beku kita kat luar tu tau..silap haribulan boleh jadi replika ais batu kat depan apartment ni...." gurau Nadiah.

"Yela tuan puteri....takut sangat kalau sejuk. Kalau panas banyak songeh pulak kau kan macam puteri lilin....ketuk karang..ish.." balas AnNur Izzah.
"Bukan aku banyak songeh Zah..tapi kita perlu menghormati cuaca kat sini. Kalau kat Malaysia, no hal dah aku..hehehee..." ujar Nadiah berseloroh.
"Hemmm...yelaaa tu. Eh! Tapi nanti kita singgah bookstore dulu tau. Pastu market eh..Ade barang sikit nak beli. Nanti balik boleh kita main masak-masak.. " sambung AnNur Izzah.
"Main masak-masak pulak....ni mesti kes zaman kanak-kanak kau tak sempat nak main masak-masak kan? Aku okay je..tapi nanti masak sedap-sedap sikit ye.Tuan puteri ni nak santap..hehehe.." Nadiah masih menyambung gurauannya.
"Yolahhhh tuan puteri lindungan bulannnn..." sambut AnNur Izzah. Kedua-dua mereka ketawa. Terus lenyap begitu sahaja cerita sedih AnNur Izzah tadi. Baginya, sahabatnya itulah penawar dukanya di kala dia berjauhan dengan keluarganya. Sahabat yang sama-sama membantu dalam susah senangnya selama ini.
"Terima kasih Ya Allah kerana kekalkan ukhuwah ini..moga ianya berterusan hingga JannahMu!" seru AnNur Izzah dalam hati.



bersambung..


p/s : Sahabat terbaik adalah yang mampu menegurmu saat engkau terleka, yang mampu berkongsi susahmu saat engkau terluka, yang mampu ikhlas ketawa bersamamu saat engkau merasa senang gembira


Thursday, 2 May 2013

Indahnya RahsiaMu.. (Bahagian 1)

Hening dan sejuknya malam terasa hingga ke tulang....namun tidak bagi AnNur Izzah. Terpaku tubuhnya di jendela bilik, memandang tepat ke langit yang kelam pekat. Terasing dari bumi kelahiran yang dicintai. Hanya cahaya bulan terang bersama bintang-bintang menghiasi malam. Pandangannya kosong, tiada terarah. Hatinya sarat dengan beribu kekusutan. Fikirannya umpama sudah berada di bulan, bersama dirinya yang mungkin boleh dikatakan sedang bersiar-siar meniti kawah-kawah yang ada di planet asing itu. "Hmmmmmmm...." Tiba-tiba terdengar satu hembusan nafas yang panjang....Jiwanya terasa kusut..serabut. Sesekali dipandang laptop kesayangannya yang bernyala di meja belajar bersama buku-buku ulangkaji yang masih berselerak tiada tersentuh isinya. Jasadnya kali ini sudah jauh dibawa bersama khayalannya. Tiada langsung idea-idea di dalam mindanya untuk menarik dirinya kembali ke alam nyata. "Ahhh...biarlah..aku malas untuk fikir lagi!" Serunya di dalam hati. Ada butir air jernih di tubir matanya menanti untuk mengalir di pipi mulus. Bagaikan berat yang amat apa yang dirasakannya kala ini. Pandangannya dialihkan pada susuk tubuh yang terbaring di biliknya. Enak benar lena sahabat baiknya, Nadiah. Tidak mungkin dikejutkannya semata-mata untuk dikongsikan permasalahannya ini. Bebanan yang ditanggung sahabatnya itu sudahpun berat, inikan pula mahu ditambah dengan bebanan masalahnya. "Sabarlah..bukankah ini juga satu ujian buatku. Apalah sangat ujian ini jika dibandingkan dengan ujian yang Allah hamparkan buat Khadijah, Aisyah, Fatimah. Allah Allah Allah...." Matanya tertancap pada daun-daun yang melambai ditiup angin malam. Sedikit tenang hatinya melihat keadaan itu, lantas hadir rindu yang teramat pada emak dan abah yang jauh dari sisi, juga pada sebaris nama yang telah lama terukir di hatinya..

Fokusnya untuk mengulangkaji pelajaran pada malam itu kabur dan terkubur. "Lama benar aku termenung begini..lalainya aku Ya Allah." Bibirnya bermonolog sendiri. Laptop yang setia bernyala tadi dioffkan. Dibiar jendela terbuka bagi melalukan angin malam. Digerakkan jua tubuhnya untuk berwuduk di awal pagi itu. Dibentangkan sejadah pemberian abah dari Mekah mengadap Kaabah, lalu "Allahuakbar...." Dua rakaat solat sunat taubat, tahajjud bersama dua rakaat solat istikharah ditunaikannya. "Alhamdulillah Ya Rabb.." Ucap AnNur Izzah setelah selesai janji temunya bersama Rabbul 'Izzati. Apa jua yang sarat terbeban di kalbu dan mindanya kala itu diluahkannya kepada Yang Maha Esa. Biarlah Allah jua yang berkongsi bersamanya agar reda hatinya. Usai bacaan Yaasin, dibaringkan tubuhnya yang agak keletihan. Sebelum lelap matanya, sempat diucapkan dua kalimah syahadah serta dibacakan surah pendinding diri bersama doa tidur. Moga lenanya nanti dijaga Allah dan malaikat. Dan tanpa sedar, bersama lelap mata itu juga masih hadir butir jernih mengalir di pipi..perlahan....lalu kering sendiri....


bersambung..



p/s : Allah jua yang mengetahui apa yang tersurat dan tersirat bagi hambaNya..



Monday, 21 January 2013

Bait jiwa

Menatap lautan manusia
Mendengar angin desir
Kadang buat aku ketawa
Kadang buat aku berfikir

Tuhan....
Aku tahu Kau lalukan rasa ini
Membuat kosong jiwa hati
Meneliti arus arah jalan titian
Yang seringkali aku tersasar harapan

Tuhan....
Kau letakkan aku di jalan takdirMu
Kau simbahkan aku dengan mehnahMu
Dan akhirnya Kau jadikan aku meraba
Mencari di mana punca segala

Jalanan ini kulalui penuh tanda tanya
Di mana pangkal di mana hujungnya
Menginjak naluri mencari haluan
PetunjukMu aku amat perlukan

Kusisir rasa gundah segala
Kubuang jauh keliru jiwa
Meruntun kalbu mendoa meminta
Agar Kau lihat hanya aku saja

Sungguh!
Tiap detik kubaca hikmahMu
Tiap saat kurayu ilhamMu
Agar jiwa tiada tergantung
Agar hati tiada perit menanggung

Usirkan aku bayang dahulu
Lepaskan tali penghalang laluanku
Moga jernih destinasi tiada kabur
Moga terlindung dari fitnah kufur

Tuhanku Allahu Rabbi..
Kupinta cuma satu..
Akhiri sakit lukaku..
Bukakan pintu selama bahagiaku..
Jadikan aku pertama tiada dua..
Dan selamanya dalam kalbu cintaku..


# Ikhlas dari hati kala ini.




Sunday, 13 January 2013

Ianya Rahsia Allah. Berdoalah!

Bismillahirrahmanirrahim..

Dah awal pagi....inilah jam minit saat aku melabuhkan jari jemari ke keyboard laptop ini. Sukar nak lelap mata ni. Macam mane korang? pasti dah lena dibuai mimpi kan...:)

Malam ni, entah kenapa aku terpanggil nak tulis tentang jodoh..ataupun boleh jugak aku cakap sebagai "permintaan kalbu". Kalau waktu dulu, mungkin soal ni tak berapa sesuai untuk aku bicarakan dengan mak abah..yelah...masih hingusan takkan mak abah nak layan celoteh aku pulak kan soal camni....hemmmm...aku tergerak hati untuk post pasal ni sebab baru-baru ni, akak senior aku dekat  U dulu bukak citer soal ni..dia jugak merupakan anak kepada kawan mak aku....SMS dia memang agak lucu bagi aku..yelah....awal mesej dah dia cakap pasal ramai orang brtanya kat mak aku tapi aku je yang buat diam bila orang tanya..hahahahaa...series! bagi aku bila dengar orang cakap camtu, aku rasa macam pelik..dulu masa turn akak aku bila dengar ramai asyik tanya kat mak abah aku pasal dia, aku boleh la jugak nak anggap hal tu logik..dan tak penah lak terpikir aku pun akan kena camtu....hemmm...series aku rasa pelik! hahaha...kitorang berbalas SMS sampaikan dia suarakan mintak aku tolong sama carikan calon...hihihee...lucu pun ade...sebab aku pun belom berijab kabul!....heeee....tapi kitorang still sama-sama mendoakan yang terbaik :)

Tapi...wait!

Tak bermakna aku taknak nikah kawen..tipulah kalau camtu kan..tambahan, dah banyak sekarang ni aku tengok dan dengar pasal ni..apatah lagi member-member pun dah ramai yang bertunang, bernikah, berkahwin, mengandung, dapat baby, anak dah besarla dan sebagainya....terus-terang, aku rasa bahagia melihat member-member baikku bahagia. Dari situ aku dapat lihat Allah memakbulkan impian dan doa mereka..alhamdulillah :) Tahniah korang!....dan dari situ jugaklah menambahkan keyakinanku pada Allah....penting untuk kita yakin dengan Allah! hehehe.....

Jodoh sebenarnya rahsia Allah. Macamtu jugak ajal....sampai masa pasti terjadi..pada aku, teman hidup adalah seseorang yang istimewa yang Allah ciptakan sejak kita dalam kandungan mak kita lagi..cuma manusia sendiri tak tahu siapa jodohnya..tapi Allah slalu bagi manusia peluang untuk membuat perancangan..sebab perancangan itu jugak adalah tanda kita usaha..biarlah teman kita itu adalah teman yang jujur mencintai kita, beragama yang mampu memimpin, hormati kita sebagai pasangan dan setia sampai jannah. Sebab tu ada yang bercinta dan kemudian bernikah. Dan ada yang mengambil keputusan untuk bercinta selepas bernikah..masing-masing ada cara sendiri....korang camne? :D


Aku akui...bukan sekali dua aku dengar pasal luahan member-member aku soal ni....dah ramai yang berkongsi dengan aku, tapi as a friend....aku tetap mendoakan yang terbaik, dan memberi nasihat setakat yang aku mampu....biasalah, soal ni adalah soal sensitif..apatah lagi melibatkan masa depan kan....yang penting bagi aku, doa itu perlu setiap hari..selain usaha-usaha kita yang lainnye...trust me....bila kita doa bersungguh-sungguh dalam sujud, atas tikar sejadah apatah lagi dengan linangan air mata...hati kita akan lebih tenang..sebab masa tu kita berkomunikasi dengan Sang Pencipta....mintalah Allah pandang kita, dengar rintihan dan doa kita...automatik kita akan rasa tenangnye pelukan kasih sayang Allah...inshaaAllah....


So sahabatku sekalian,

Letaklah kepercayaan dan keyakinan pada Allah..sampai saat yang tepat, pasti Allah akan makbulkan....jangan bersedih biarpun kita telah usaha seberapa lama pun, menunggu seberapa lama pun, berdoa seberapa lama pun....even sometimes hati kita disakiti dilukai sebanyak mana pun...yakinlah Allah penyembuhnya....teruskan berdoa....teruskan perbaiki diri..dan mintalah petunjuk dariNYA....pasti diberikan yang terbaik buat kita....yang penting, capai redha Illahi :)



p/s : " Tercipta wanita dari rusuk lelaki, bukan dari kaki untuk dialasi, bukan jua dari kepala untuk dijunjung, tapi dekat di bahu untuk dilindung..dan dekat jua di hati untuk dikasihi "




Friday, 11 January 2013

Corat Coret


Bismillahirrahmanirrahim..

Assalamu'alaikum wbt...

Malam menjengah lagi..jam pun dah menunjuk ke angka 12 tengah malam..dan dahpun masuk hari baru. Cepatnye masa berlalu..dan amat terasa seolah usia pun makin hampir ke penghujung..


Tak banyak rasanye nak dinukilkan malam ni. Lama dah tak ketuk keyboard laptop ni..sebab makin sibuk diri ni menghambat waktu yang bersisa..bebanan keja punyalah bertimbun..nak kumpul duit punya pasal..maklumla nak setel utang.taknak dah aku susahkan mak abah.penat rasanye...hurmmm....tapi what to do..life must go on rite? Tanggungjawab kan..lagipun aku kira aku ni dahpun langkah masuk line "orang dewasa" tahun baru ni....so kira kena jadi matanglah sikit..(even perangai still mcm orang baru tgk dunia je..hee)...

Macam biasa, arini aku lalui dgn penat yg melampau..opsss! sorry..bukan arini ye, tapi semalam..hehee..trlupa pulak dh masuk hari baru..ngeeee.....mana taknye, meeting internal review dgn user je dr pkul 2 sampaila pkul 6 petang..4jam weyyy..penattttt...hurmmmmmmm...apa?duk lam bilik meeting je mane penat?..ish ish ishhh...sape ckp??? tahu tak walaupon kita tak angkat batu konkrit yg boleh membina muscle2 tu, tapi hanya dgn memerah otak je boleh penat tau..tak caye? tryla berpikir utk 8jam non-stop....sure akan setuju dgn fakta ni :D trust me! jgn jadi biul sudaa..kakakakaaa :P

Arini agak sedih sikit..ntahla..maybe sebab masuk tahun baru ni aku byk pikir lebih dr biasa..jodoh?? hurmmmm...soalan tu la my two beloved heartbeats, my mak abah dekat umah tu rajin tanya..jwpn aku simple je..aku doa, aku usaha dan still usaha, brusaha jd yg trbaik even dihargai or tak..but I know, and always know that Allah knows best! He will never gives me something that I don't deserve rite....mana mungkin Allah letak hambaNYA dlm jalan or keadaan yg hambaNYA sendiri tak mampu lalui kan....u just need to trust HIM :) but don't forget to be wise in your life k...

Tak banyak aku nk ckp....tapi sejujurnya aku mulai rasa penat dgn karenah manusia..apatah lagi bila umur dh masuk dotdot ni..better things to say...do love Allah more than others. u will find peace with that love! quran jgn lupa! :)

k lah..dh byk merapu malam ni..esok pepagi ade meeting lak dgn madam boss...taknak la aku nanti super late pi opis...akhir kata.....babai and gud nite...


                                 
                                                   one of my faveret couple..may Allah bless both of u :)
                                                                    Hepi Besday TGNA yg ke 82
                                                     



                                                         aku sgt suka kata-kata dari dr.harun din ni..




p/s : Lelaki yang benar-benar budiman dan hebat tidak akan sanggup membuatkan titis air jernih mengalir dari mata permata hatinya, kerana dia tahu luka di hati itulah yang lambat utk sembuh